Angin bertiup kencang di luar jendela; membuat Johan asyik menyelak helaian rambut yang bergoyang kacau; mengganggu pandangannya sewaktu mengayuh basikal. Kali ini dia mesti menang, begitulah kata hatinya. Di sebelah kanan terlihat Husin terus mengacak untuk mengganggu konsentrasinya membawa basikal. Abdul pula sudah jauh tinggal ke belakang; langsung tidak nampak bayangan. Adi; adik Johan yang terpaksa dibawa begitu erat menggenggam besi tempat duduk. Kekuatan anak kecil itu terlihat di wajahnya yang berterusan berkerut. Kalau mama ada di rumah sudah pasti Adi takkan dibawa bersama dalam perlumbaan itu.
"Berat betul kau ni Adi. Menyesal aku bawa tau tak!" Johan begitu kecewa kerana Husin terus memecut laju ketika mendaki bukit berbandingnya. Iyalah, Husin tiada penumpang! Begitulah jeritan hati Johan sambil melihat Adi dengan marah di cermin basikal. Namun, sebagai abang, tiada niat untuk Johan menyalahkan Adi. Adi hanya budak kecil; tak tahu apa-apa...
"Hahaha! Kau kalah lagi Johan. Bak sini dua ringgit. Abdul, kau last. Kau kena bagi tiga ringgit." Abdul terus naik bengang. Dia berterusan menghentak kaki kerana tak puas hati. Seperti gaya seorang gentleman, Johan terus menghulurkan dua ringgit kepada Husin. Kau menang kali ni tak bermakna kau menang selamanya Husin... Tunggulah!
"Habis duit belanja aku tahu tak! Ni yang rasa bengang ni!" Abdul mencampakkan duit kertas seringgit sebanyak tiga helai ke arah Husin lalu menegakkan basikalnya. Husin cepat mengutip duit tersebut namun dengan tiba-tiba angin muncul satu badan.
"Apahal nak baling-baling duit? Duit kau ke duit mak bapak kau? Dosa tahu tak! Dah kalah tu kalah la!" Jeritan Husin tidak diendahkan oleh Abdul. Dia terus berlalu dengan basikalnya meninggalkan Husin, Johan dan Adi.
"Macam sial la mamat tu. Bengang betul aku! Johan, aku blah dulu ar! Thanx!"
"Okay. Nanti lawan lagi tau!"
"Tengok ar!"